Sunday, March 15, 2015

Cicakman 3 - Ulasan Peribadi



Assalamualaikum, salam 1 Malaysia.

Dalam kesibukan kerja, alhamdulillah saya dapat menonton Cicakman 3 di pawagam berhampiran, dan seperti ulasan filem Mantera (2012), saya akan cuba berikan perspektif peribadi saya berkenaan installment terbaru Cicakman ini.

Perlu saya tekankan, ulasan ini dibuat untuk niat baik, bagi menggalakkan lagi karyawan filem tempatan untuk meneroka potensi filem bergenre adiwira (superhero).

------------------------------------------------------------

[PRO]
  • Babak Perlawanan yang Serius
Berbeza dengan filem2 yang sebelumnya, Man/Cicakman (Zizan Raja Lawak) lebih serius dalam babak pertarungan. Unsur komedi ada diselitkan, tetapi dalam kuantiti yang sedikit dan bersesuaian dengan situasi. Adegan bertarungan Cicakman di dalam LRT (or some sort) yang ditonjolkan dalam filem ini sangat menarik. Dan ya... Cicakman berlawan pakai tomoi.
  • Metrofulus
Dalam filem Cicakman, Metrofulus digambarkan seperti bandar impian dengan dark tone, ala-ala Gotham City yang dikartunkan. Dalam Cicakman 2, bandar tersebut sekali lagi menerima revamp dengan memberikan kedai-kedai dengan pengaruh barat. Kali ini, Metrofulus akhirnya memaparkan status "Bandar"nya. Lebih banyak adegan memaparkan bangunan penting (Mahkamah, Balai Polis, Taman Tema) dan situasi di kawasan "bahaya" bandar tersebut (Jalan Ampas / Jalan Hampas)
  • Zizan Razak
Walaupun saya kecewa dengan Zizan dalam filem "KAPOWW: Atoi the Ajaib Boy", watak yang beliau bawa kali ini (Man) lebih realistik. Perwatakan Man yang tidak melawak sepanjang filem sesuai buat Zizan. 
  • Polis Metrofulus
Saya sangat gembira pihak polis dalam installment ini diberikan wajah, logo, bangunan dan kereta. Secara tak langsung, kewujudan mereka menambahkan lagi seri dalam latar Metrofulus.
  • Fizz Fairuz
Watak jahat, watak baik, superhero, anti-hero. Semua dia boleh bawak. Respect Bro.

------------------------------------------------------------

[CONS]
  • Grafik
CG yang mereka gunakan dalam babak perlawanan agak kurang memuaskan. Mungkin Malaysia masih tiada tenaga pakar untuk menambahbaik babak-babak Computer Generated ini.
  • Kostum Cicakman
Cicakman 1 (Kostum kulit), Cicakman 2 (Kostum perisai plastik seperti Batman), Cicakman 3... Mungkin Amazing Spiderman 1 dan 2 ada mempengaruhi design kostum kali ini, tapi saya pun tak pasti.


------------------------------------------------------------


Saya rasa hanya itu yang saya dapat nukilkan buat masa ni, Insyallah ada idea saya akan tambah lagi.

Sekian, terima kasih.


Friday, December 27, 2013

Celoteh Comic Fiesta 2013

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia.

Walaupun sibuk dengan urusan kerja dan lain-lain, aku sempat mengambil peluang untuk ke Comic Fiesta 2013 yang berlangsung di KLCC 21 dan 22 Disember 2013 yang lepas. (almaklumlah, nak habiskan cuti). Insyallah jika berpeluang, aku akan cuba ceritakan perkara2 menarik yang terjadi sepanjang perjalanan tersebut.

Tujuan utama ke Comic Fiesta 2013 sebenarnya adalah untuk menemani rakan seperjuangan (Tokusatsu) saya iaitu Rusher20x. Baru-baru ini, beliau telah menceburi bidang Tokusatsu cosplay dan mula menapakkan nama beliau dalam area cosplay Malaysia. Dengan berbekalkan duit yang tak seberapa, beliau mengambil insiatif untuk membeli sebuah sut Kamen Rider Kuuga dari sebuah syarikat di Indonesia - dan sejak itu, kehidupan beliau berubah (HENSHIN).

Rakan kenalan cosplay beliau bertambah, dan beliau semakin meminati bidang cosplay dan mencuba untuk membuat sut sendiri. Beliau kata kepada saya yang beliau tiada darah atau bakat seni, namun hasil tangannya yang pertama - Kamen Rider Blade (Decade Ver.) masih boleh diterima. Berbalik kepada topik, saya ke Comic Fiesta untuk menemani beliau (utama) dan bersiar-siar di kotaraya Kuala Lumpur yang sudah lama saya tidak lawati (sampingan).

Perlu saya ingatkan yang saya bertapak di Kota Kinabalu, Sabah - jadi saya perlu menaiki kapal terbang ke Kuala Lumpur dahulu sebelum menghadiri Comic Fiesta... dan kerana sudah membeli tiket kapal terbang seawal bulan 10 lagi, saya tak dapat berkongsi harga tiket pergi dan balik saya dari Kota Kinabalu - Kuala Lumpur.

20 Disember

  • Penerbangan jam 7 pagi, dan saya tiba di LCCT dalam lebih kurang jam 9 pagi.
  • Mengikut fahaman saya, Rusher dan seorang lagi rakannya sudah tiba awal di penempatan yang diuruskan sepupunya (Rusher) di kawasan Shah Alam.
  • Saya bertolak ke KL Sentral, dan lepak sehingga Rusher dan rakannya tiba di KL Sentral.
  • 2.00 PM - Menyimpan bagasi di ruang loker (RM10)
  • Pelbagai penambahbaikan dilakukan di kawasan KL Sentral, dan saya hampir tak jumpa stesen monorail KL Sentral.
  • Dulu Monorail masih gunakan kad, agak kekok apabila sistem tersebut menggunakan token sekarang...
  • Kami bersiar-siar ke Plaza Lowyat dan Sungei Wang. (^_^)
  • Kembali ke KL Sentral lebih kurang jam 4.
  • Ambil bagasi semula, dan bertolak ke Shah Alam menggunakan bas Rapid KL. (Tambang 2.50)
  • Tiba di kawasan penempatan lebih kurang jam 6... dan ya, jamm di KL memang seperti yang dikhabarkan.
  • Mandi, solat, dan Rusher mengambil masa untuk memeriksa props cosplay beliau.
...BERSAMBUNG..


Friday, May 10, 2013

Kembara GUNPLA (Bab 0)(Work-In-Progress)

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia.

Dah lama tak blogging kerana sibuk dgn mikroblogging (Twitter) so rasanya lebih baik update blog ni, kemas sawang supaya nampak berpenghuni.

Siri ini (Kembara GUNPLA) ialah usaha saya untuk mendokumentasikan ilmiah GUNPLA yang saya belajar secara pengalaman, mahupun mempelajarinya dari rakan/tauke.

Untuk Bab Sifar ini, saya akan cuba memberi gambaran ringkas tentang GUNPLA, dan peralatan asas yang saya gunakan dalam membina (eng: "build") GUNPLA.

Introduksi


GUNPLA
Perkataan "GUNPLA" berasal dari dua perkataan iaitu Gundam dan Plastic Model, dan hobi membina model plastik ini tidak hanya terbatas kepada siri Gundam sahaja. Ada juga sesetengah pihak yang meminati seni membina model ini dengan medium yang berbeza seperti model kapal terbang, kapal perang, kapal laut, kereta, roket, robot, kenderaan awam, dan lain-lain. Untuk keterangan lanjut, saya sarankan anda melawat laman INI.


Gred Gunpla

Gunpla dibahagikan kepada beberapa tahap, yang kebiasannya tahap ini melambangkan tahap ketelitian dan kesukaran setiap Gunpla. Ia mungkin sukar untuk saya terangkan dengan teks kosong, jadi saya hanya akan menyentuh beberapa gred (atau skala) yang ada dalam simpanan/koleksi peribadi saya.

SD Series (Super Deformed Series)

Watak dalam gred ini berdasarkan Gundam yang di-comel-kan.
Gundam Exia dalam skala SD

OO Raiser dalam skala SD

Dari kiri: Gundam OO, O-Raiser

Kebiasaannya, sendi untuk siri SD sangat terhad. Bagi model ini, ia hanya mempunyai sendi di bahagian bahu dan pergelangan tangan.

Gundam OO + O Raiser = Gundam OO Raiser.

Dalam siri SD jgk, ia adalah kebiasaan untuk menggunakan pelekat (sticker) seperti di bahagian mata, dan juga mempunyai clear pastik seperti bahagian telinga dan dibahagian tengah tanduk Gundam OO.

FG (FULL GRADE)

Full Grade, pada normanya mempunyai tahap kesukaran yang rendah, setara dengan siri SD. Tahap ini juga kebiasaannya menggunakan skala 1/144 (daripada skala sebenar sebuah Gundam). Pergerakan sendi untuk siri ini lebih baik dari siri SD, namun ia tak akan dapat menandingi siri 1/100 yang akan saya terangkan kemudian. Full Grade juga berkongsi skala 1/144 dengan siri MG (High Grade) - namun High Grade lebih versatil dan teliti.

Exia dan Virtue bagi siri FG
Skala 1/144
Exia ini ialah Gunpla pertama yang saya beli (2008), jadi  memang banyak cacat cela. Tanduk dan unjuran di badan Exia sudah patah ataupun hilang.

Sendi di bahagian siku.
Pergelangan tangan Exia ini statik dan tak dapat diputar.
Gundam Virtue yang agak kaku.
Senjata bazooka dipasang ke bahagian tangan Virtue dengan meletakkan pemegang bazooka itu ke dalam lubang di tangannya.


Peralatan Asas


Masih dalam proses, akan ditambah kemudian...





Monday, November 26, 2012

Syntax Highlighting Test

$variable = "Hello world";
echo $variable;


Friday, June 1, 2012

Ride The Wind (KR DECADE) - Versi Bahasa Malaysia

Seperti biasa, saya cuba mengekalkan Bahasa Inggeris yang digunakan dalam versi asal.

Ride The Wind (Kamen Rider Decade / Kadoya Tsukasa theme)
Siri: Kamen Rider Decade.
Artis: Kadoya Tsukasa / Masahiro Inoue

Pabila cahaya membias hala
Membuka langit cerah
Menyedarkan aku, membuka mata
Memulakan langkah
Bergerak maju ke destinasi
Tanpa bimbinganmu
Sama ada kanan atau kiri
Itu keputusanku

Menjelajahi dunia
Saksikannya sendiri
Berjuang di setiap perhentiannya

Ride The Wind rentasi dunia - kronologi ini
Merasainya dengan diri sendiri
Biarku jadi saksi kebenaran ini
Menuju penamatnya tanpa henti ~ Just keep on walking

Berakhir jelajah meluntur tabir
Kejahatan kan hadir
Cuba mencapai badai
Terbang dan sampai
Ke tempat sama juga

Tika takdir menyeru nama
Aku akan menyahut megah
Mengabadi semua babak di memori

Ride The Wind disebaliknya - apa yang menanti
Ku tak berhenti sebelum ku tahu
Biarku jadi saksi kembara ini
Sehingga penamatnya takkan henti ~ Just keep on walking

Angin bertiup takkan menghalang
Biarku terbang melawan daya
Banyak kejutan lagi menunggu di sana

Ride The Wind rentasi dunia - kronologi ini
Merasainya dengan diri sendiri
Biarku jadi saksi kebenaran ini
Menuju penamatnya tanpa henti...
Ride The Wind Sembilan dunia - menunggu jelajah
Hingga akhirnya ku tak putus asa ~ Just keep on walking



p/s: Kalau ada yang guna lirik ni buat cover... Jangan malu-malu beritahu saya ye? ^_^