Saturday, February 14, 2009

Online Life

On9 life ~ Wujudkah barang ni? Sebenarnya kehidupan dalam talian ini bukan setakat wujud, ia juga boleh menjadi tempat kita untuk mempunyai identiti, dan perwatakan yang berbeza dari yang sebenar.

Aku dulu2 berjinak2 dengan dunia online waktu umo 14 tahun, bermula dengan IRC (internet relay chat) dengan mIRC ( mass Internet Relay Chat ). Aku masih ingat lagi, waktu tu aku masih kat sekolah asrama, jadi agak2 aku bermula cuba2 dunia ni waktu cuti akhir tahun. Sebab aku teringat yang waktu tu aku selalu online pagi2 sebelum sahur (bermakna, waktu puasa = cuti sekolah ). Aku dulu masuk server Dalnet ( psal ni je aku tau ) dan lepak channel #kota-kinabalu atau #sabah. Lepas berapa lama, tak sangka plak berhenti.

Satu aku tak suka pasal Dalnet, diorg byk spammer dan penyebar trojan yang berjaya. Diorg2 ni ada kebarangkalian akan menipu korang untuk masuk site2 yang tak baik, menggunakan alasan porno, tetapi sebenarnya ada virus kat site tu. Dah masuk site tu, korang faham2 je la... Bebenda PANAS takda, virus yang dapat.. SEDAP kan? Pasal byk sgt pengacau kat situ, aku stop irc.

Lepas form 5 aku sambung semula life internet aku, tapi waktu tu dah ada streamyx ( internet jalur lebar KONON ) jadi agak laju la (DULU la, skrg mcm siput)... Aku mula berjinak2 masuk forum krekotaku.com. Waktu ni la first time aku melihat keteraturan sesebuah forum. Ada organisasi, team, dan kawan2 forum yang rapat. Aku ngan diorg bleh kira rapat, aku slalu posting kat bahagian tokusatsu <>
Skrg, aku berjalan under mp3japan plak. Komuniti yang takat ni best la, walaupun kiranya komuniti yang kecik berbanding komuniti lain seperti lowyat.net. Lagipun ini je komuniti yang aku ramai dah jumpa, berlainan dengan yang aku tahu nickname sahaja. Aku dah jumpa sekurang-kurangnya 14 orang dari komuniti ni, dan pengalaman tu memang best ^_^

Sampai tu je la net life aku untuk sekarang ni, ada masa korang lawatlah mp3japan.org ni. Ada forum dan juga irc server, tapi server diorg lagi best la berbanding kat forum. Selamat melayari lautan internet yang luas ni


IRC | FORUM

P/s : Edited Microsoft - mass at line 5. D3v073d tegur definisi tu salah


No comments: