Saturday, February 14, 2009

V . Day - Hukum dan kepekaan masyarakat

Hari ini bertarikh 14/2/09, bermaksud? Valentine day ~ Hu hu hu. Siapa2 yang tak kenal2 Vday ini memang pelik la pasal dari kecil kita telah disuap dengan budaya omputih yang kononnya BAHAGIA ini melalui pelbagai cara media massa mahupun bercetak.

Aku teringat pulak dulu pernah tengok movie pendek tentang budak2 kecil ( belum tahap remaja lagi ) yang nak luahkan perasaan kepada sorang pompuan itu pada Vday. Wah... Nampak bahagianya, berebut bagi cokelat, nak impresskan pompuan tu. Akhirnya, salah sorang dari 3-4 tu dapat la bercouple ngan pompuan tu. THE END... Macam tu ja la, tpi seyes cerita tu memang menghiburkan.

Hukum menyambut Valentine ialah haram, aku pun bole tau walaupun aku solat tak rajin, korang bagaimana? Tak percaya bukak berita harian hari ni...Betul tak? Tak cukup lagi, cuba tulis keyword "VALENTINE" dan "ISLAM" kat pakcik google, mmg terus akan nampak perkataan mcm "SAMBUT VALENTINE HARAM".... Hu hu hu. Ada Ustaz tu juga ckp, sambut Valentine boleh MURTAD... Yep, MURTAD! Korang fikirlah banyak2 sebelum sambut bebenda ni.

Persoalannya, bagaimana kepekaan masyarakat malaysia terutama sekali masyarakat Islam pada bebenda ni? Kalau aku tanya kawan2 aku mungkin diorg akan setuju la... "VALENTINE HARAM!" tapi dalam hati siapa tahu kan? Sebab kalau kita tak mengaku kita sambut pun, barangkali hari ini duration call dgn awek/balak tu lama sikit berbanding hari lain, atau hari ini kita contact orang kesayangan tu lebih dari kebiasaan... Ada feeling mcm tu tak? Itu tandanya kita masih ada kesan yang kuat dalam hati tentang Valentine Day. Kita pun ( maksud aku yang beragama Islam ) taknak ketinggalan menyambut perayaan yang dah sah-sah haram ni...

Dulu aku tak sambut Vday, tapi Friendship Day aku sambut, gara2 naluri remaja yang membara-bara ni. Dan setahu aku, Friendship Day ini juga pada 14/2. Waktu tu kat sekolah aku ada la yang buat business untuk hantar-hantar bookmark yang kita boleh letak message utk kengkawan kita. Aku ada jgak dapat dari kawan lain (Tapi satu je la), dan aku bagi diorg juga (dah tak ingat brapa byk aku beli). Tapi... Ini boleh dikatakan sambut Vday ke? Aku rasa aku pun tak tahu pasal time tu masih innocent (konon... he he) dan dalam hati aku mmg berniat nak meraikan Friendship Day tu, syukurlah sampai umur aku dekat 20 ni pun masih tak pernah sambut2 lagi Vday tu.

Lagi satu, berkenaan dengan pihak yang mengaut keuntungan/atau tidak dengan berniaga/berkhidmat sempena Vday ni, aku tak tau la hukumnya. Contohnya macam syarikat yang jual patung2, cenderahati sempena Vday... Adakah itu pun dikatakan menyambut? Contoh terdekat yang aku sendiri buat pun ada kat Ct3-fansubs. Kitorg mengeluarkan satu filem Kamen Rider yang mempunyai unsur-unsur cinta untuk orang lain download. Adakah itu juga menyambut Valentine? Dari niat aku ( ini pendapat sendiri ) kalau nak melakukan sesuatu itu bukan untuk tujuan menyambut, tak apa. Apa yang aku buat kat Ct3-fansubs tu pun untuk diberikan kepada yang menyambut Vday, bukan aku yang sambut. Tapi aku mengaku ayat "Kitorg pun tak nak ketinggalan dalam perayaan sebegini" tetap ada. Kitorg nak mengeluarkan sesuatu yang istimewa pada 14/2 ini bukan psal nak merayakannya, tapi ia satu hari yang istimewa buat ramai org kat luar tu (yang pastinya bukan Islam) dan kitorg nak diorg enjoy release tersebut.

Maaf untuk apa sahaja yang menyinggung pelbagai pihak, samada kawan2 aku mahupun staf2 ct3-fansubs. Ini bertujuan untuk memberi pengajaran kepada diri kita masing2, untuk baiki diri kita. Lagipun, kita mana perfect... kan?

No comments: