Tuesday, March 24, 2009

Al-fatihah




Assalamualaikum ~

Aku skrg mood brcampur baur sgt2 - ada seorang kawan aku baru sahaja meninggal dunia. Sayang btol yg aku x ingat nama sebenar beliau tapi aku hanya memanggilnya dengan nama anif. Seorang yang periang dan baik hati, beliau memang best utk berkawan. Aku mngenali beliau ketika memasuki Giat Mara Tuaran, dan walaupun diakhir pembelajaran di situ aku terpaksa berhenti ( atas menyambung pelajaran di Matrikulasi Labuan ) tapi saat-saat di situ memang best.


Antara gambar kenangan ~

Aku diberitahu oleh seorang kawan yang dia kemalangan di Kuala Lumpur, dilanggar kenderaan ( kenderaan apa aku tak ingat) dan kemudian dimasukkan ke ICU. Apa yang menambah kesedihan ialah beberapa hari sebelum kemalangan, beliau sempat menghantar komen ke friendster kawan aku ( baju pink tu ) dan ini memang diluar jangkaan kami semua. Baru tadi, sewaktu aku kembali dari kelas, orang berbaju pink tersebut memberi mesej di YM aku yg beliau telah meninggal dunia. Mood aku terus berubah dari hepi -> suram... Memang tak dijangka...

Gambar2 di atas diambil dari Friendster beliau, yang kini orangnya sudah tiada. Aku rasa sedih sangat2. Setelah kita tiada dari dunia ini, siapakah yang akan meneruskan benda2 yang kita urus? Friendster, Tagged, dan akaun-akaun lain yang kini hanya tinggal nama, tetapi orangnya telah tiada lagi. Sedih, memang sedih.

Akhir sekali, bersama-samalah kita menghadiahkan Al-Fatihah kepada beliau, semoga amalan beliau diterima Allah.

~ Al-fatihah ~


2 comments:

::Aishun Rafiq:: said...

T.T
al-fatihah
ku turut bersedih
uhuk2

FiFFy said...

al-fatihah...uwaaaaa