Thursday, March 5, 2009

Something about talent

Selamat pagi buta utk smua ^_^ jam 2 skrg. Aku masih x dpt tido psal aku secara rasminya dah menjadi kelawar kembali... Hua hua hua, walaupun esok kelas jam 8 (Ops!)

Apa apa pun, hari ini ( or should i say, yesterday? ) cukup menggembirakan buat aku sebab hanya satu kelas jee! Yayyy! Kelas kokurikulum aku takda pasal ahad ni akan ke puterajaya utk snap beberapa gambar utk kokurikulum (tak sabar >.< , psal hari tu aku tak dapat pegi yg kat area melaka pnya)

Ok, berbalik kepada topik (pukul kepala sendiri!!) Ok ok!

Talent @ bakat, menurut dari Kamus Dewan edisi ketiga... Aku pun tak tau apa erti/definisi yang rasmi tapi aku rasa semua pon faham kan? Bakat! Kalau misalnya kita buat benda-benda tu, kita rasa senang je, or senang nak tangkap ( get a grip ) tentang sesuatu yang baru bagi seseorang... Apa benda yang korang rasa bakat korang? Aku tak ada bakat kot ( ha ha ) selain daripada bebenda kat bidang komputer ni ( makanan nyam nyam ).

Dahulu kala, aku ada impian untuk menjadi org yg serba boleh ( multiple talent ) sejak masuk sekolah rendah ~ byk benda nak cuba buat, nak cari di manakah tempat yg aku sesuai berada ( bhasa omputihnya : Somewhere I Belong -Linkinpark wooo!)

Byk la bebenda bodoh + memalukan aku pernah try ~ Melukis, Berpantun, Debat, bernasyid, menyanyi, Compose lagu, dan yang sekarang ni ialah Fansubbing ~ So skrg kalau orang jmpa aku, mesti diorg pelik apakah sebenarnya makhluk depan diorg ni... T_T... Tak sangka semua usaha aku selama ini tak kemana pun, juz cukup2 makan sudah.... Asal boleh melakukan benda-benda tersebut pun sudah cukup baik bagi aku.

Mengakhiri posting, mari berlari ke masa depan, menangkap kejayaan! ( wah, mcm drama sekolah! ) ~ he he CHOW!

No comments: