Thursday, April 2, 2009

0104 : Hegemoni Barat

Sekali lagi - selepas Valentine Day, kita melihat kepada April Fool~

Dia hari yang "agak menggembirakan" ini, kebanyakkan orang akan saling mempermainkan dan bagi pendapat aku... perbuatan ni memang bahlul, terutama sekali jika orang itu di Malaysia. Hegemoni barat dah semakin meluas, dan kita memang di"input"kan dalam kepala bahawa segala apa yang dikeluarkan oleh pihak BARAT adalah baik, dan yg LOCAL = buruk. Ini dah tersimpan dalam banyak bidang pon. Cakap je la apa

Makanan : KFC, McD
Pakaian : Adidas, Nike
Buku : Penulis2 barat
Idola : Dari pemain bola sehingga artis kegemaran korang.. dari mana?

dan lain-lain ( malas nak pk lagi )

Dari segi Tokusatsu pon ada jgak sebnarnya (hu hu) Misalnya Super Sentai (jpn) dan Power Ranger (english) literally ialah benda yg sama, kecuali kat PR diorg dah adaptation dan ubahsuai sedikit storyline dan lebih "cool" daripada Super Sentai. Dan kini apa akibatnya dengan cerita tu? Skrg PR dah dikatakan terlalu ganas dan lesennya bakal dihentikan untuk tahun depan. Maka Super Sentai tahun lepas (Go-Onger) yang tahun ini diadaptasikan sebagai Power Ranger RPM adalah yang terakhir buat legasi Power Rangers. Syabas Power Rangers, demi melawan habis-habisan versi Jepun, korang dah kalah pasal terlalu over-over... =_="

Back to April Fool....

Aku tak faham apsal orang Malaysia pon nak ikot sambut bebenda ni. Dan seorang kwn pon ada ckp :

" Kita gaul ngan orang Melayu, kita ikut cara Melayu. Jika kita gaul/pergi tempat diorg, fikir cara diorang "

Bagi aku... Pendapat ni langsung tak boleh diterima (seriously). Kita memang sepatutnya cepat meng'adapt' cara hidup orang lain andai kata kita pergi bermastautin ke apa, pasal ada jgak peribahasa yang menyuruh kita mengikut cara di sesuatu tempat kan? Tapi sekarang aku nak mempersoalkan : "Di mana budaya kita?"


First reaction andai orang main2kan aku di kala mood aku yg x baik pada April Fool :

1. Belasah
2. Belasah
3. Belasah

Aku dah takda idea lain selain nak belasah orang tu kot... Tapi skrg kesimpulan yang aku boleh buat lepas bermonolog dalam2 spanjang beberapa minit menulis post ni

- Kita ke tempat orang, kita ikut peraturan - bukan ikut budaya. Kita jaga budi pekerti kita supaya tak menyinggung orang di sekeliling tapi tak salah mengamalkan budaya kita...
- Ingat asal usul, bukan takat ingat dari mana kita datang... Tapi ingat sekali apa pantang larang agama tu
- Mari kurangkan hegemoni barat kat dalam hidup kita... ^_^

Sekian terima kasih... Chow!

1 comment:

rhump-kid said...

aku setuju kita patut fikirkan balik ttg pengaruh barat dalam kehidupan kte.kebayakkan pengaruh barat ni mmg tak elok.cuma remaja skrg je yang tak nampak keburukkanye.aku rse better jd kan orang timur sebagai contoh.tp cuma amik bhgn yg baik je la...