Tuesday, April 14, 2009

Perjalanan Balik Yang Bererti

Berikut ialah kisah benar yg terjadi beberapa hari yang lalu, walaupun aku tahu penulisan ini akan amik banyak ruang... aku peduli apa ( pasal dah boring stadi la ni... ~ )

Ahad 12/4/09

Jam 4.15+
----
Ava, Sephiroth, dan Peppercat mengucapkan selamat tinggal di stesen Putra KLCC ~ Sayonara... Aku nak balik ke Melaka jam 5.30 di hari tersebut jgak ~ hu hu... Turun ke bawah lagi dan masuk Putra tu... memang sesak dgn org... X suke >.<

Jam 4.30+
----
Tiba di Masjid Jamek, aku keluar dari stesen dan baiki kedudukan barang2 aku yg sampai 3 beg. Memang menyusahkan... Kemudian teruskan perjalanan lagi. Ternampak 7E dan berhenti sebentar untuk KitKat (tipu) di situ. Aku beli air untuk basahkan tekak, sejak berat aku naik ni aku suka minum air banyak... Memang side effect kot. Aku berhenti kat luar tu, kluarkan kasut dari kotak kasut dan sumbatkan ke dalam beg lappy, so dengan itu kotak kasut tu kosong ~ itu aku sumbat kat beg aku lagi satu... Maka dari 3 beg, sekarang menjadi 2 beg... Senang sikit kerja.

Jam 4.45+
----
Aku sempat tiba di Kota Raya Mall, untuk beli belah dvd lagi... Ari tu jejalan dah jmpa 33 Minute Detective pnya DVD ~ dan nmpaknya aku perlu beli lagi satu baru (kekeke) Setelah pusing2 smpai jam 5.10 ~ in the end, aku x beli apa-apa... LololololoL Tapi aku nmpak satu DVD yg agak best (shinggg! Mata berkilau) sbb aku ada nmpak dvd yg dibintangi oleh Takahashi Ai ( orang Momosu @ Morning Musume ) dan ya, aku nak tau sangat2 apa lakonan dia... Bagos ke tak ah? Laen kali datang situ aku cuba beli... Atau aku carik je la memana boleh sedotttt (hu hu)

Jam 5.15
----
Berlari ke Stesen Bas Pudu Raya... tak... jalan je kot... =_=" Tapi memang aku panik time tu ~ Kalo tertinggal bas, ada yang tinggal satu malam kat Pudu tu karang. Waktu2 tu baru nak bergelap. Teringat aku cerita adik kawan aku yg kena culik tu (dah jmpa dah) dan ya... Walaupun aku seorang lelaki, memang tetap menakutkan

Jam 5.20
----
Masuk ke Pudu dan teros ke Platform 11, bas Jebat ke Koala Lompor! Aku turun bawah sekali dah ramai orang nak naek... ALAMAK! Harap2 masih ada ruang untukku (lagipun dah tempah daaa) Selepas memberi orang2 naek, aku pon naek... Wa gelap bas tu, dan walaupun di tiket aku menunjukkan Seat Number 17, tpi satu tempat duduk kat situ mmg tak bernombor langung (lol) dan di akhirnya aku terhenti di tepi tempat duduk seorang pakcik dan seorang budak.

"Tempat duduk ni kosong" aku menegur pakcik tersebut. Dengan memikul dua beg dan masih keberatan tu, aku memang sah tak cool langsung masa tu... Dah la peluh banyak ( inilah padahnya tak bersukan!)
"Ah duduklah" pakcik tu selamber je balas, aku pon duduklah ~ memang syok dapat duduk ni, lagi2 kalo dari tadi berdiri je...

Jam 5.35 +
-----
Bas memulakan perjalanannya keluar dari Pudu Raya ~ aku sudah mula bercerita-cerita dgn pakcik tu... Dia mmg agak friendly, dan kebiasaannya... Aku bukan jenis yg "agak" friendly, lagi2 ngan orang yg tak seumur ngan aku (lol) dan aku tak tau apsal mmg boleh masuk ngan pakcik tu

Jam entah, dalam perjalanan ke Melaka
-----
Banyak yg kami berdua ceritakan, atau lagi precise, pakcik tu yg banyak cerita, aku cuma mencelah sekali sekala untuk memberi pendapat. Aku nak meminta maaf la ngan pakcik tu awal2 ni andai kata dia takmau didedahkan cerita beliau, tpi demi smua orang jgak!

Pakcik tu ~
Dia cerita ngan aku psal anak2 dia. Ada yg berjaya, dan ada yg dah jaoh dah... Sampai sabah

Dia cerita ngan aku, life dia cemana dulu... Waktu nak besarkan anak2 dia memang susah. Nak pinjam duit pon orang pk bebukan ~ tpi dia memang ikhlas nak besarkan anak2 dia

Dia cerita ngan aku... Yang isteri dia tinggalkan dia 15 tahun dahulu, dan dia jaga anak dia smua dari kecik lagi

Dia cerita ngan aku... Macam mana anak perempuan dia yg sulung (kakak) tu terpaksa gadaikan kereta dan barang kemas sekali ngan suami dia, untuk membolehkan 2 adiknya pergi Universiti

Dia cerita ngan aku... Mcm mana dia urus perniagaan dia ~ Jujur dan ikhlas

Dia cerita ngan aku... Dengan cucu dia kat pangkuan dia tidor tu... Air mata dia bertakung, aku nmpak...

Dia cerita ngan aku... Dia pon tak tau apsal dia cerita bebenda ni ngan aku.... Sedangkan kat kawan2 dia yg laen, dia rahsiakan tentang pencapaian anak2 dia, dan tentang peribadi dia

Dia cerita ngan aku... Yang anak dia yg kakak diorg tolong tu (sbb menggadai dahulu utk dia masuk U ) telah belikan sebuah rumah untuk kakak dia tu. Kakak dia menangis... Walaupun kakak tersebut tak mahu balasan, tpi itulah kenyataan

Dia cerita ngan aku... Dia harap isteri dia balik nak tengok anak2 dia sekarang... Dia ada cakap, "sanggup dia tinggalkan aku waktu anak2 masih kecik2..."

Kitorg duduk borak smpai kawasan Seremban.. Pastu aku dengan selamber terlelap... =_="

Jam 7.30+
-----
Bas tiba di kawasan Masjid Tanah... Pakcik tu nak keluar dan dia bangunkan cucunya. Aku pon sekali la bangun nak berikan laluan jalan untuk pakcik tu... Aku salam tangan dia, aku cium tangan pakcik tu. Kisah hidup dia mmg membawa erti yg besar kepada hidup aku yg agak senang lenang skrg ~ sob sob... Dia dah turun, aku smbung tido ~ lol

Jam 8.30+
-----
Bas smpai kat MC ~ aku pon turun dan cuba calling diorg kat rumah untuk mintak amik aku kat MC ~ tpi nmpaknya takda jawapan... =_=" Selamatlah bas Tuah ada dan aku teros balik dan berehat kat rumah ni... Home Sweet Home

Yeah dh abis menaip ^^ Alhamdulillah sbb aku smpai rumah unharmed dan ye, memang penat sesangat ari tu (lol) dan posting ni untuk ingatkan kita semula... Life kita yg senang lenang sekarang ni pasal ada orang yg dah susah payah binakan untuk kita (parent kita la) dan aku rasa... Kalau kita x rasa kesusahan diorg tu... Memang x berjaya kot

Assalamualaikum ^^

2 comments:

Bee said...

Ngee
Terharu aku membacanya sambil di temani lappy superb sengal tu

cian pakcik tu
/me byg jap camna bapa aku bssh pyh....
uhuk2....
kalau kita ingat kita lagi susah di dunia ni
rupa2nya ada lagi yg lbh ssh

*Terdiam*

FiFFy said...

terharu nya aku..waaaaaaaaaa