Sunday, November 15, 2009

GTA : Alor Gajar

Assalamualaikum, good mornin', ohayoooooooo! (IT'S THE DARN COFFEE!)

Yep, a new version of GTA, took the setting in Alor Gajah of Melaka!

----------------------------- BERUBAH! -------------------------------

14 NOV 2009 : 11.30mlm -
Aku ke rumah Shinigami untuk bertanya tentang video Big Bang - Last Farewell yg kini sudah habis dia download. Pergh, video tu mmg power dan mmg "video clip" la katakan (bukan mcm video clip mesia or some jpaneze PV). Selesai itu, Peje Dark (japanese ver org ckp = Yami No Peje) mengajak aku untuk makan Maggie bersama mereka semua. Aku sempat melihat lebih kurang 3 maggie yg telah dimasak kini diletakkan di ruang tamu rumah mereka... NYAM NYAM NYAM tapi tidak, aku menolak sahaja pelawaan itu walaupun perut aku kini sudah mencapai tahap E(empty) seperti tangki minyak kereta Naiman yg selalu hampir E itu (kecuali kitorg singgah ke stesen mnyak la)

14 NOV 2009 11.50mlm -
Aku bertanya kepada MujaheeD "Nak makan tak" tetapi masalah baharu telah muncul = kedai makan yg terdekat sangat jauh, dan tiada kenderaan untuk ke sana... Nak berjalan kaki? Aku sanggup tetapi 11.50mlm ~ Itu sangatlah mencari maut kerana tanah perkuburan hanyalah sedekat setengah padang bola sepak dari kawasan rumah aku tu... Pergh serammm! Akhirnya aku hanya membuka roti buku yg dibeli semalam dan terus mengunyah2 sehingga sedikit kenyang....

15 NOV 2009 2.00pgi -
Hari ini aku akan kembali ke Sabah, alangkah gembira hati tersebut tetapi ~ Apakan daya... Jika x tidur bagaimana aku boleh mampu untuk bangun awal? Tetapi jika hendaknya tidur juga, kepalaku langsung tiada perkataan tidor sewaktu jam 2 tersebut... Itu mmbuatkn aku teros terfikir... Cemana nak tidor camni? Dalam waktu yg sama, tiba2 encik MujaheeD mempelawa aku untuk pergi makan dan apa lagi ~ terus aku ke bilikku disebelah rumah dan memakai seluar yg lebih sopan untuk pergi sarapan awal pagi itu.

15 NOV 2009 2.10pgi -
MujaheeD meminjam motor member yg berada beberapa rumah dari kawasan rumah kami berdua. Aku kenal muka dan orangnya ~ sayangnya aku kurang rapat dengan member tersebut. Tahu nama pon cukuplah... (kan?) MujaheeD menghidupkan motor tersebut dan secara spontannya aku pon naik sambil berkata "Takpa next sem biar aku bawak ko" kerana MujaheeD tidak mempunyai lesen motor (kereta je) dan kebarangkalian untuk aku mengambil lesen motor sewaktu cuti semester mendatang ini SANGAT tinggi (atas paksaan ibu bapa yg caring itu). Maka, perjalanan kami mencari santapan pagi pon bermula.

15 NOV 2009 2.20pgi -
Kami hanya minum air dan menempah satu Nasi Goreng ayam bungkus di kedai Bob Tom Yam berdekatan. Tak lama selepas itu, kami pun terus menyambung perjalanan ke beberapa blok kedai berdekatan : di mana ATM BSN berada (aku nak amik duit) tapi sayang... ATM ROSAK ... -_-... Kami pon kemudian meneruskan lagi ke 7-Eleven yg berdekatan pula, MujaheeD ingin membeli roti utk member yg meminjam motor itu. THIS IS THE CLIMAX THOUGH ~

Sewaktu aku pergi merayau2 di bahagian belakang 7-E tersebut, seorang polis telah datang untuk melakukan pemeriksaan berjadual di 7-E tersebut (pemeriksaan apa aku x tau psal aku hanya dapat melihat polis tersebut menandatangani sebuah buku log dan mengembalikannya ke rak tertulis perkataan "POLIS") dan kemudian diakhirnya, aku x membeli apa-apa dan MujaheeD hanya membeli 2 roti (gardenia 60sen dan roti bulat perasa Tuna Fish). Kami keluar dan ingin kembali ke motor, tetapi polis tersebut kembali ke kereta polisnya dan parking ditepi 7-E tersebut.

15 NOV 2009 2.25pgi -
Aku dan MujaheeD merayau pada waktu itu tanpa Helmet (ALAMAK!) tambahan lagi tak berlesen (dua-dua org) (DOUBLE ALAMAK!) dan aku dapat merasakan bahawa mereka mmg nak carik duit lebih malam tu dan melihat2 motor tersebut (Nasi goreng ayam aku masih ada kat bucket tuuuu!) Dengan segala slumbernya aku duduk diluar 7-E tersebut dan membawa MujaheeD bercerita senyap2 tentang polis tersebut. "ALAMAK KANTOIIII!" Idea yang bijak tiba2 memasuki fikiran, aku masuk semula ke 7-E dan membeli air botol Mirinda Oren untuk melamakan penungguan tersebut. Sesudah membeli, sambil makan serta minum dihadapan 7-E tersebut, kereta polis tersebut tidak pergi, malahan parking semakin berdekatan dengan 7-E tersebut (CIS CIS CIS!) lalu sekali lagi, aku dan Mujaheed semakin stress....

15 NOV 2009 2.30pgi -
Setelah merasakan polis tersebut tak mungkin berganjak, aku mencadangkan untuk kami ke bahagian kedai lain dan berpura-pura untuk memang berjalan sahaja ke 7-E tersebut. Berjalan dan terus berjalan, setelah lebih kurang 200 meter jauh dari 7-E tersebut, kereta polis tetap x berganjak (DAMN IT!) lalu kami pon berhenti di kedai makan yg agaknya 600-700 meter jugakla dari 7-E tu... Aku memesan teh tarik, MujaheeD memesan air kosong dan keropok ikan sebanyak rm1 sahaja... Kami pon makan2 sambil melihat2 kelibat kereta polis keluar dari kawasan tersebut. Pelbagai taktik muncul dalam fikiran, "teros lari", "telefon member", dan juga pelbagai lagi idea. Aku masih menunggu jam 3 tiba di jam aku itu! "Jam tiga tiba, kita gamble ja!" Aku dan MujaheeD faham benar masalah yg dihadapi sewaktu itu. "Tak berlesen dan tak berhelmet" mmg Double Checkmate ~ apatah lagi duit yg ada didalam dompet tidaklah sebanyak mana (rm100 pon x smpai beb)

15 NOV 2009 2.35pgi -
Kereta polis itu keluar perlahan2 dari lorong kedai 7-E tersebut! Laju! Laju! Aku dengan lajunya menghabiskan air teh tarik itu tanpa berhenti ~ Mujaheed jugak kelam kabut makan keropok ikan yg ada di meja... "Ya pon, duduk lah" MujaheeD menegur aku yg sewaktu itu sudah berdiri sambil makan dan minum... Aku terus menghulurkan rm5 untuk membayar semuanya yg ada di meja kami dan setelah Mujaheed menghabiskan air kosongnya, kami berjalan laju ke motor tersebut. Sekali sekala, kami melihat ke belakang, manalah tahu "mereka" kembali...

15 NOV 2009 2.39pgi -
Tiba sahaja ke motor, Mujaheed terus mengeluarkan kunci, menghidupkan enjin dan teros berpusing ke arah jalan. Aku lantas naik dan VROMMM! Kami seperti lari dari sesuatu "kuasa" yg sangat terasa besar dibelakang. Aku sekali sekala menjenguk kebelakang lagi untuk memastikan kehadiran kereta sumpahan itu - Tiada! Mengikut jalan tercepat, kami memecut sehingga dalam 80km/j dan terus meluru masuk ke kawasan perumahan dimana kami menetap. "CEPAT! KE KAWASAN SELAMAT!" itu kataku apabila menghampiri simpang tersebut kerana kawasan kami tidak berdekatan dengan jalan besar maka mustahil untuk melihat kami lagi. Alhamdullillah, kami selamat!!!!

15 NOV 2009 8.20pgi -
Aku baharu selesai menulis pengalaman ini ~ dan ya, ia terasa lebih mendebarkan daripada takut kepada warden asrama yg sedang meronda asrama... Sekian, terima kasih. "Mesra Cepat Betul"





No comments: