Saturday, January 30, 2010

Berakhirnya Sebuah Penyiksaan - Another Story

Angin malam meniup perlahan, tiada bunyi lain kedengaran disekitar Kawasan Kolej Kediaman UTeM Murai Jaya Melaka. Dalam senyap itu, dua insan sedang menaip perlahan, menyelusuri rintangan internet dengan berhati-hati - Manalah tahu "peluang" itu muncul secara tiba-tiba...

Rama menaip sambil baring dikatilnya, entah apa yang dilihatnya, aku juga tak tahu. Apa yan aku tahu, daya focus beliau sangat hebat. Dunia ini telah lesap dan menghilang, dia hanya berada di katil dan lautan internet sahaja. Aku pula sekali sekala memandang ke atas, kanan, kiri ~ Sekali sekala bosan memikirkan kuiz serta kerja rumah yang perlu disiapkan minggu hadapan.

... To be continue

Wah, finally! A work! Entah apsal aku tetiba nak tulis dan membazir masa aku tu (sesungguhnya ayat2 diatas bukanny fiksyen belaka)

Assalamualaikum, apa khabar? Salam satu Malaysiaaaaa!

Alhamdulillah (syukur!) penantian internet yang telah lama ditunggu ini telah berakhir :). Lebih setahun menunggu infrastruktur internet di kawasan Murai Jaya ini, tapi akhirnya Streamyx tetap menjadi pilihan hati (ada yg laen ke utk Melaka?)

Updates? Ari tu pergi ke Gorek Bay, Mersing utk berseronok-seronok (seronok la sangat, keje umah smua lupa) ~ Berikut ialah antara gambar2 yg terambil / diambil sepanjang di sana (muka akan dicencored :: member smua dont worry, ur identity is safe with me)








Amcam? Sayangnya, diantara gambar2 tersebut ~ Aku takda langsung (lol - mcm biasa kot) Walau apa pun, sekian lama tanpa internet itu sangatlah dirindui dan ya... Aku mahu belajar macam semester lepas la (kot)... Salam berjumpa lagi ^_^

No comments: