Monday, February 15, 2010

Cuti CNY

Chinese New Year, agak pelik jika anda tak seronok bila CNY tiba... Kenapa? Pasal andainya anda student, cuti 1 minggu (juga bersamaan dengan 7 hari, atau 168 jam, atau 10080 minit, dan 604800 saat)

TAPI!

Sayang sekali kerana selepas cuti ini, pasti ada malang yang menimpa. Contohnya seperti kuiz, peperiksaan pertengahan semester/penggal, dan lain-lain.

Seperti biasa, sampai sahaja ke cuti begini, aku hanya berhibernasi di rumah dan cuba untuk hidup dengan seberapa baik yang mungkin. Bangun (6 pagi), tidur (3 pagi), berkomputer (24 jam), berinternet (25 jam). Seperti biasa juga, cuti sebegini adalah masa yang sangat sesuai untuk menenangkan diri dan melakukan aktiviti berfaedah seperti antaranya mandi lewat petang, tidak keluar rumah langsung, tidur sepanjang pagi - bangun sepanjang malam, dan pelbagai lagi aktiviti yang SANGAT BERFAEDAH itu.

Tapi apakan daya, kegembiraan pasti diselangi dengan kesedihan yang teramat sangat. Walaupun setelah dua hari mempraktikkan aktiviti tersebut sabtu dan ahad lalu ~ Ternyata, aku sudah tak mampu menampungnya lagi.


BOSAN!

  • Walaupun aku tahu ada peperiksaan pertengahan semester dalam masa seminggu lagi, BOSAN!

  • Walaupun aku tahu aku perlu mengulangkaji pelajaran untuk hidup dan bukan peperiksaan semata-mata, BOSAN!

  • Walaupun aku cuba melakukan sesuatu yang menyenorokkan seperti menonton anime/drama, juga BOSAN!

  • Sesungguhnya, BOSAN ialah sejenis penyakit yang berbahaya!

  • Oh, bosannya!

  • Ya, menulis blog ini juga membosankan... Entah kenapa aku terasa begitu
I'm off to continue my boring holiday Evar!



No comments: