Wednesday, February 10, 2010

Oh! Berjaya! Bahagian 01

Cerita berikut disimpan sebagai draft sejak semalam dan tidak disiarkan kerana aku telah menyiarkan post bertajuk "Message to Certain Fansubber". Diharap pembaca tidak keliru dengan kekucar-kaciran garisan masa blog ini...

--------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Jari aku menaip pantas pada papan kekunci komputer makmal. Aku mencari satu jawapan, mencari satu petunjuk. Apa perluku lakukan sekarang?! Masalah ini bermula beberapa minggu yang lalu ~

6 minggu yang lalu

Encik A memberi tugasan menarik dalam subjek Pemikiran Kritis dan Kreatif beliau. "Penambahbaikan keselamatan dan penjagaan automobil" sebagai tajuk projek, aku mulai mencari idea bernas di otakku yang berfikiran mudah ini.

LAMPU IDEA MENYALA! Aku teringat tentang projek pertandingan yang aku bakal ikuti bulan Mac hadapan. Ia mempunyai kaitan dengan pemberitahuan melalui SMS. "SMS", itu kata kunci yang aku cari. Aku boleh melakukan projek yang menggunakan SMS sebagai medium penyampai! Maka bermula saat itu, idea menggunakan SMS sebagai medium yang pemberitahuan kepada pemilik kenderaan melekat dikepalaku.

2 minggu yang lalu

Encik A membahagikan kami kepada kumpulan projek, dan ternyata ia diluar dugaan! Aku dan rakan-rakan lain dipisahkan, Encik A merombakkan semua kumpulan keseluruhannya. Akhirnya, aku berkumpulan dengan seorang lagi rakan sekelas, dan dua orang baharu dalam hidupku. Oh, sukarnya!

Selesai berkenalan dan bertukar nombor telefon masing-masing, semuanya sepi tidak berbual selama seminggu... Sehinggalah minguu yang lagi satu...

Bersambung...

No comments: