Wednesday, February 10, 2010

Oh! Berjaya! Bahagian 02

Minggu lalu

Seorang ahli kumpulan tidak dapat hadir, beliau sakit. Maka segalanya terletak ditangan kami bertiga yang lain. Tugasan yang diberikan hari ini ialah membuat Peta Minda atau dalam Bahasa Inggerisnya Mind Map. Sewaktu perbincangan itu juga aku menyatakan idea tersebut. Alarm dengan menggunakan SMS! sahaja. Kami bertiga memerah otak untuk membuat tugasan tersebut, alhamdulillah ia berjaya diselesaikan. Di atas kertas itu, ia kelihatan seolah-olah mudah untuk dilakukan, sehinggalah aku merasakan peritnya sendiri...

Beberapa jam lalu

Kelas Encik A akan berlangsung beberapa jam lagi, tapi penyelesaian untuk menggunakan sistem SMS masih aku tak dapat jumpa di lautan internet. Kesemuanya hanya menggunakan sistem yang berfungsi dengan bantuan wayar dan kabel sahaja. Aku perlukan petunjuk!

Sempat juga aku bertanya kepada Mrkamen Rider melalui Meebo.com, manalah tahu dia pernah melakukan projek yang melibatkan SMS. Sayang sekali, tidak mengena. Mahupun begitu, beliau berkata akan cuba bertanya kepada rakan-rakannya, manalah tahu ada yang berpengalaman.

Bersambung...


2 comments:

a-pi said...

yo!!!!

hans said...

uish....macam susah jer