Monday, February 8, 2010

Perihal Nama

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam OneMalaysia.

Kelas hari ini bermula dari jam 9 pagi, berakhir jam 5 petang. Tak dinafikan, adalah jugak dalam 5-8 helai kertas kajang yang diconteng. Aku nak mengaku ia penuh dengan coretan nota-nota kuliah yang disampaikan oleh pensyarah, tapi sayangnya itu hanya dusta belaka. Aku masih dengan perangai lamaku, doodling ketika kelas sedang berjalan. Fikiran melayang entah ke mana, memikirkan tentang urusan-urusan bukan pelajaran yang lain... Namun begitu, sama juga seperti pensyarah yang petah berkata dihadapan. Beliau mampu bercerita panjang lebar tentang perkara yang tiada kaitan langsung dengan subjek yang dibincangkan, haram jadah betul...

Selepas aku melakar dan melukis dengan penuh daya tumpuan itu, aku meletakkan tandatanganku disisi lukisan. Baruku sedar tentang sesuatu. Nama timanganku henshin_heroes salah tatabahasanya!

Henshin bermaksud berubah, diambil dari bahasa Negara Matahari Terbit, Jepun. Aku mula mengenali istilah ini apabila meminati siri televisyen negara tersebut yang pada waktu itu (2006) adalah terlalu kebudak-budakkan bagi kebanyakan orang. Kamen Rider, atau nama yang lebih dikenali ramainya Masked Rider ialah suatu deretan siri televisyen yang telah lama menetapkan tempat di hati peminatnya mahupun tua atau muda.

Heroes pula berasal dari perkataan asas Hero, yang bermaksud perajurit. Mahupun begitu, ada juga perkataan lain yang boleh diterjemahkan sebagai hero. Antaranya ialah pejuang, pahlawan, dan lain-lain istilah lagi. Penambahan huruf 'e' dan 's' kepada perkataan Hero, menjadi Heroes menunjukkan Plurality (banyak). Dalam Bahasa Melayu, senario ini bolehlah diibaratkan seperti Buku itu (untuk sebuah buku) dan Buku-buku itu (untuk bilangan buku yang banyak). Secara logiknya, istilah Heroes bermaksud Pahlawan-pahlawan / Perajurit-perajurit.

Aku disentak rasa bersalah memikirkan tentang kesalahan tatabahasa itu. Henshin_heroes, adakah aku patut atau wajib mengubahnya kepada Henshin_hero? Oh, sekali lagi rasa bersalah dan aku diserang satu perasaan yang tak mampu digambarkan oleh kata-kata. Dalam tempoh yang terdekat ini, aku ingin mengubah nama timangan ini kepada sesuatu yang lebih logik dan tak salah disisi tatabahasa. InsyaAllah, esok atau lusa, muncullah blog baru http://h3nshinh3r0.blogspot.com. Nama timanganku di setiap keluaran Ct3-fansubs juga akan diubah kepada h3nshin_h3r0, begitu juga dengan semua perkara yang dikeluarkan di internet. Aku akan mengalami penjenamaan semula dengan nama baru henshin_hero ataupun dengan nama terkenalnya Perajurit_Berubah.

1 comment:

Aniki Eddie said...

kesalahan tatabahasa kalau dekat nama aku rasa tak ada masalah la henshin.. betul tak?