Monday, August 30, 2010

Belia Benci SPOILER!

Assalamulaikum, azan subuh sedang berkumandang sewaktu post ini ditulis...

Arghhhh! Sesungguhnya aku benci spoiler! Bukan budak yg spoilt, as in "terlalu manja" - tetapi ialah perlakuan mamat-mamat (or minah-minah) yg dengan selamber memberitahu ending sesuatu cerita - seolah-olah aku memang excited gila nak tau apa yg akan terjadi. BENCI BETOL!

Sesungguhnya aku juga tak pernah terlepas dari kejadian ini. Aku pernah juga memberi spoiler kepada seorang kawan penpal email beberapa tahun dahulu tentang cerita sebuah komik (Le Cirque De Karakuri) dan sesungguhnya, beliau sangat kecewa kerana aku sedikit sebanyak menceritakan apa yang aku nampak di jilid terakhir buku tersebut.

ShiroganeX, I'm deeply sorry for giving you that info at that time - and now I'm "blessed" with the same incident as your's.

Ok, kembali ke topik. Ahad lepas (28 Ogos) ialah tarikh tayangan bagi episod terakhir W (Kamen Rider Double) dan sesungguhnya, aku baru sahaja selesai menonton episod 48 yg baru dikeluarkan oleh Tv-Nihon (yea, some guys prefers W-Time's, they're fast, but everybody got their own fave right?) dan aku sangat berpuas hati dengan arah penceritaan Kamen Rider W (odd) kerana kebanyakan musim Kamen Rider berakhir dengan kekecewaan (silly final villain + not story-wise + too much crap) - take Decade and Den-O for example huh?

In a contrary, siri Kamen Rider W ini mungkin berakhir dengan sesuatu yang lebih istimewa daripada siri yang lain. Pada hakikatnya, Kamen Rider yang memerlukan 2 orang sememangnya unik - dan penonton pasti telah menjangkakan bahawa konflik dalaman antara Philippe dan Shotaro adalah norma jalan cerita bagi cerita sedemikian. Namun begitu, aspek perpisahan yang cuba diketengahkan dalam ending Kamen Rider W ini benar-benar menusuk kalbu, thanks to Renn Kiriyama for his magnificent acting though.

Tapi sayangnya! Apabila aku tanya seorang member yang sudah menonton Kamen Rider W secara streaming pagi ahad kelmari dengan soalan "Ending Double gantung ke tak?" which is a sign that I only want to know jika Kamen Rider W juga berakhir dengan ending mengecewakan - Dan dia benar-benar memberitahu SPOILER PENTING! LAHANATTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT!

Ish, sekarang ni aku gila stress psal mood nak tgk episode 49 dah hilang (dah tau pe jadik kat minit ke 22-23 tu... kiranya ending la) walaupun tak tau pe jadik sepanjang 20 minit tu, tpi dah cukop la tau ending kan? Brother spoiler, aku salahkan ko! Aku tak akan tanya kau pasal Kamen Rider lagi - psal ko suka kasi spoiler2 yang menyakitkan jiwa dan menghancurkan mood! ARGHHHHH!

Post ini diakhir dengan *&(*^&%&*(&*(&#^@*()^#&!@^)$^)*(!@&#*(!@$&^)*(@!$^*()@!#&*()@&!


No comments: