Tuesday, September 21, 2010

Minecraft: Free-to-try period! Try it while it last! IT ENDS!

Assalamulaikum, salam 1 Malaysia ^^

I really have to promote this game to fellow Malaysians since few of us actually "bought" games... (irony sentences here)

A great game, a superb game - Minecraft!


----------------MALAY MODE------------------

Kini, Minecraft mempunyai tiga jenis gameplay (apabila ia siap kelak) dan ya, game ini masih dalam alpha - tapi ia memang menarik dan menyeronokkan ^^.

Gameplay pertama ialah Survival Mode

  • Mode paling menarik.
  • Kita bermula dengan tangan kosong dan mula menjelajah dunia.
  • Mine (melombong) dan craft (merekacipta) ialah elemen utama mode ini.
  • Pagi ialah waktu aman dan damai, anda boleh keluar pergi melombong, menambahbesarkan rumah anda, ataupun terus menjelajah dunia sandbox tersebut.
  • Malam ialah waktu di mana zombie, creeper (exploding penises - according to machinima... XD), spider, dan lain-lain akan menyerang anda. Anda disyorkan untuk tidak keluar malam (melainkan anda mempunyai persiapan yg lengkap.
Gameplay kedua ialah Creative Mode
  • Tanpa nyawa, tanpa had kepada bahan-bahan.
  • Buatlah dunia anda sendiri - bangunan, lukisan, pixel art, apa-apa sahaja.
Gameplay ketiga ialah Adventure Mode
  • Masih dalam proses
  • RPG-like game
  • Menjelajah gua dan istana seram!
  • Lengkapkan diri anda dengan senjata, makanan(heal), dan bertempur!
Namun begitu, masalahnya sekarang Survival Mode & Adventure Mode bukannya percuma!

Ya, sememangnya ada link-link di internet yg menyediakan game minecraft yg sudah di-crack, namun! Ianya versi lama dan sesungguhnya - yg dibeli lebih menarik (update setiap ahad, lebih stabil, barang2 baru)

TAPI, KESERONOKANNYA BELUM BERAKHIR!

Kini, Notch (pencipta Minecraft) memberi "free-to-play weekend" kerana server minecraft dalam proses menambahbaikan (terlalu berat kerana terlalu ramai yg bermain!). Itu bermaksud, user yang tidak membeli game ini juga boleh bermain FULL FEATURES buat masa sekarang. Pergi ke http://minecraft.net dan pergi ke ruangan download - minecraft.exe

Jika anda berminat - belilah game tersebut melalui paypal kerana ia MEMANG MURAH! Kini, kerana ia masih dalam pembuatan (alpha), harganya hanya lebih kurang €10, ataupun $13, ataupun RM41! (Agak murah untuk game original)

Saya pun kini berminat untuk membelinya (selepas website kembali pulih) dan insyallah - jika anda mahu bantuan membeli minecraft ini melalui saya.... Saya boleh CUBA usahakan...

p/s: Ini bukan nak promote game, cuma cubalah game tu... gerenti puas - rugi kalau game indie macam ni x dapat sambutan!

UPDATE - Server dah kembali online, free-to-play weekend dah tamat... :-(


No comments: