Friday, September 10, 2010

Post Berkenaan Ramadhan, Syawal dan Kehidupan

Assalamualaikum, salam syawal.

1 Syawal, hari kemenangan buat umat Islam seluruh dunia - "Syabas kerana berjaya menamatkan Ramadhan!"

Anyway... Bila teringat bulan puasa je, teringat zaman kecik-kecik... Puasa time kecik-kecik dulu best, dapat duit RM1 sehari kalau puasa penuh (hehe) tapi semua orang mesti tau apa jadinya dengan duit tu... (Mak ayah cakap simpan kat Bank tapi kebenarannya? Allahualam)

Pengalaman2 lain ramadhan yang aku tak boleh lupakan ialah sewaktu berpuasa di Kolej Matrikulasi Labuan. Dulu beli makanan dekat area bazaar sebelah masjid - beli makanan biasa-biasa ja (aku waktu dulu tidaklah seperti raksasa perut yang sekarang ini) Lepas beli tu, lepak bilik, tak bersukan, lepas tu terlelap. Sedar-sedar lagi dah lepas ishak dan bila aku tengok balik makanan atas meja.... DAH BERSEMUT! ARGHHH! Ada la jugak beberapa kali aku berbuka dengan air sahaja (selamat la diorg x serbu air aku skali) dan aku terus berjaga sehingga waktu sahur. Tapi yang bagusnya, aku berjaga bukan dengan bermain game atau enjoy tengok drama... aku belajar beb. Aku stadi Biology, stadi Chemistry... sungguh-sungguh aku stadi. Namun apakan daya, result yang aku dapat semester itu tidak menyebelahi aku(below 2.5)

Setakat ni, aku pernah 2 kali menyambut Hari Raya bukan di rumah aku sendiri. Yang pertama ialah ketika first year berada di UTeM. Aku membuat keputusan tak nak balik raya (nak merasa beraya di perantauan la konon) tapi...? Apa yang aku buat sepanjang cuti seminggu itu hanyalah... INTERNET. Ye, internet 24 jam. Hari pertama dan kedua raya, kebanyakan kedai tutup jadi aku hanya makan di rumah sahaja. Syukurlah sewaktu itu ada juga seorang lagi member Kedah Perlis yang tak balik (selamat dia pon pndai memasak, kalau tak... makanan dalam tin je la aku bantai selama seminggu) Sewaktu seminggu itu, tak dapat dinafikan kelajuan internet di rumah sangatlah "heaven" dan aku berupaya marathon beberapa siri anime & drama selama seminggu tersebut.

Kali kedua aku menyambut hari raya diperantauan ialah pada tahun ke-2 aku di kolej sama. Aku mengambil flight tepat pada malam Hari Raya, dan aku beraya di Kuala Selangor bersama saudara mara sebelah unty aku. (ayah punya adik, punya bini - itu panggil apa ah). Sesudah sembahyang raya, dan mengutip duit dari saudara mara (diorg yang nak bagi ler) aku bertolak ke KL dalam jam 10 pagi, dan flight aku tiba di Sabah dalam lebih kurang jam 9-10 malam tersebut. Sesungguhnya, KL dipenuhi dengan rakyat2 asing sewaktu aku berkeliaran disitu hari itu... Huhuhu

That's all folks, mungkin pengalaman aku tak la dapat lawan member2 yg beraya betul-betul kat luar negara tapi... Memang tak nafi lah, bila beraya jauh dari family tu, bila kita teringat diorg kat sana... Nak pecah juga empangan air mata tu.

Ya allah, berikanlah aku peluang untuk merasakan nikmat puasa di tahun yang akan datang... amin.

No comments: