Sunday, December 5, 2010

"Asal Ko Pandai Bawak Diri Sudahlah"

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia.

Setakat ni, itu je aku nak tulis utk tajuk posting ni, kandungannya akan aku berikan kemudian (not in the mood to write much now)


-- WARNING: rojak language ahead --


Alhamdulillah, event gath ngan mp3japan yg berlangsung di Ibu Negara berjalan lancar, walaupun aku tak bersama dengan diorg dari awal. Berikut ialah rentetan peristiwa gath tersebut from my own point of view.

-- Sabtu --


9 pagi
  • Bangun pagi lewat daripada yg dirancang.
  • Baru sedar yg alarm handphone tak bunyi psal handphone dalam mode "meeting"
  • Walaupun marah dan stress, tak boleh buat apa-apa sebab memang dah berlaku.
  • Memegang dahi dengan tangan kanan, check suhu badan (aku demam). Ok, suhu dah ok sikit.
  • Sebab demam dah semakin baik, aku membuat keputusan untuk shoot ke gath tersebut.
  • Check2 email, check2 update kat internet sehingga lupa aku nak ke gath.
10 pagi
  • Turun ke first floor utk mmberitahu (shafiq) housemate utk meminta bantuannya menghantar aku ke MC (Malacca Central).
  • Green light dari housemate, dia ok je.
  • Naik baik, telefon Ajat (organizer event) berkenaan gath. Aku mendapatkan jawapan yg aku nak. Puas hati.
  • Enjoy lagi internet smpai lupa diri.
10.30 pagi
  • Setting lappy, download dan upload barang utk website Ct3.
  • Dah siap-siap, bertolak ke MC.
11.00 pagi
  • Tiba di MC, cari bas jam 11.30 - namun usaha gagal.
  • Terpaksa naik bas jam 12.00, tpi destinasi berubah (ke Seremban)
12.00 tgh hari
  • Bas smpai kat MC, tgk2 dulu cemana keadaan driver.
  • OK la kot...
  • Beli2 barang keperluan untuk naik bas (Nips, Gardenia 60sen x4, air mineral botol besar, Kreko)
  • Masuk bas, selesa, duduk bebetol blakang driver (urgh)
  • Terlupa bawak handsfree... baru perasan (kalo x dh lama layan lagu2 dalam playlist/radio)
12.30 tgh hari
  • Bas bertolak, aku mulakannya dengan Bismillah.
  • Lepas beberapa minit, buka Nips dan makan senyap2 (mana la tau encik driver marah)
  • Sambil-sambil tu aku layan Kreko... Agak banyak juga komik aku dh ketinggalan.
1.40 tgh hari
  • Bas tiba di Seremban
  • Turun bas, straight usha-usha jalan ke KTM Seremban (dulu ingat, sekarang lupa)
  • Check jam, daripada aku shoot pgi MV, lebe baik makan ubat dulu
  • Singgah kedai makan kat terminal 1, Seremban.
  • Makan nasi sikit, tpi lauk banyak.
  • Lauk... dah lupa (telur + sayur nangka kot)
  • Air... Milo suam.
  • *Doa makan*
  • Makanan orang nogori mmg pedas ke?
  • Kepedasan, slamat air milo suam tu mampu diminum
  • Badan masih panas sbb minum milo, telan 2 paracetamol.
2.00 Petang
  • Dari Terminal 1, ada jalan shortcut pgi KTM komuter Seremban (bawah tanah)
  • Lalu jalan tu, smpai KTM komuter Seremban tak smpai 10 minit.
  • Beli tiket kat kaunter... lupa harga (Seremban-MidValley... around RM5 kot)
  • Komuter tiba di platform 2, masuk, duduk, tunggu.
2.05 Petang
  • Masih menunggu, komuter tak gerak lagi.
2.10 Petang
  • Masih menunggu.
2.15 Petang
  • Masih menunggu... Apsal dia tak gerak? Driver pgi berak ke hape?
2.20 Petang
  • Masih... menunggu...
2.25 Petang
  • Penantian itu... Satu penyiksaan
2.30 Petang
  • MASIH..! Wait, dah gerak.
  • Perjalanan ini memang terasa lama gila.
  • Duduk bosan mcm nak mati
3.30 Petang
  • Awek duduk sblah aku.
  • OK jgk, beberapa kali aku scan atas bawah.
  • Orang tak kenal aku, boleh la buat taik KAN? Bukan ada orang akan ingat muka aku dan tegur bila jmpa kat Melaka pown.
  • Aku amik keputusan nak tegur.
  • Handphone awek tu bunyi.
  • Dia angkat
  • "Ya mas?"
  • "Ya allah, indonesian rupanya! Pelan dibatalkan" keluh hari encik henshin, kecewa.
  • Dalam keadaan kecewa, aku sempat tweet kejadian ini.
  • Selepas kecewa, aku tidur nyenyak smpaila tiba kat stesen MV
4.00 Petang
  • Tiba di MV
  • Aku taktau mana tmpat bowling kat situ
  • Ikut pengalaman, smua tmpat bowling kat tingkat paleng atas.
  • Naik tingkat atas, ronda-ronda smpai jumpa
  • Terkejut aku, bowling tu mcm tmpat dalam video clip Baby (justin bibir)
  • Akhirnya jmpa geng-geng mp3japan.
  • Salam diorg smua, ada jgk bawak awek (AKU X JEALOUS, SERIOUSLY)
  • Nick member2 yg dijumpai [Seph, Tropicana, Arif, Ajat, Lobs+Anne(x tegur), Along, muffin, Ava, Bewok+Nadia (sori x tertegur, aku ni lambat sikit ngan org baru jmpa)]
p/s: pohon ampun jika ada yg termiss.

gamba-gamba di tmpat kejadian (as usual, no face policy)
bewok dan seorang yg aku x pasti (seph kot)


muffin, nama mcm makanan, tpi dia sebenarnya orang!

ApisArif, Ajat, Bewok (muffin pointed out my mistakes)

mr teddy bear

more mister teddy bear

5.00 Petang - 7.00 Malam
  • Permainan bowling berlangsung.
  • Aku menggantikan Seph/Arip atas sebab-sebab tertentu.
  • Ada dua kali dpt jatuhkan 9/10. Tak merasa strike.
  • Aku masih ingat Ajat ckp "Itu salah bola, bukan salah ko"
  • Seriously, aku rasa penat gila waktu tu. Maklumlah, sakit.
  • Ganglion Cyst kat tgn aku ni sakit maen bowling - http://bit.ly/fGy90X
  • Kesimpulan, aku x boleh maen bowling kerap, skali dua bole la.
  • Di akhirnya, sesi fotografi kedua berlangsung di pintu masuk tmpat bowling tersebut.
  • Semua gila-gila (best)
8.45 Malam - 12 Tgh Malam (atau lebih)
  • Macam biasa, upacara karaoke (or... aku je rasa camtu)
  • Berkaraoke di NewJustK, Brem Mall. - http://4sq.com/eCgEQY -
  • Waktu masuk tu nampak beberapa famili turut dtg utk karaoke. Aku ingat bebudak muda je karaoke kat mall, org2 tua kat area Selangor mmg urban dan hip. Famili aku karaoke kat umah je - (or better, kenduri kahwen)
  • *Culture Shock Moment* (Sbb tgk famili karaoke)
  • Antara artis-artis undangan karaoke - Ajat, Along, Seph, Ava (camerawoman).
  • Waktu utk sesi review ala-ala AF. 
  • Ajat - mcm biasa, hebat. 
  • Along - cool, aku salute. 
  • Seph - havoc mcm biasa, as usual... J-Rocks ada satu je... :(. 
  • Ava - pitching bagus, tak lari. Camera angle terbaek, lighting je masalah (hehe)(sbgai camerawoman)
  • Aku - standed la aku, lagu ulang-ulang itu je. Ada cuba nyanyi lagu YUI goodbye days tpi mmg x smpai (kui3). Pkai octave je la.
  • 5 orang pon best, psal Ajat buat perangai dia. (Tetiba teringat member Salman, sesi Karaoke menjadi lebih menarik dgn kehadirannya)
  • Btw, lagu Bengang nmpaknya dh masuk list wajib aku karaoke... Sbb bole angkat kot.
-- Ahad --

12 Tgh Malam - 1 Pagi
  • Sesi karaoke tamat.
  • Next station - Uptown damansara.
  • Dalam perjalanan, Ava smpat memberi briefing ttg sebuah umah kaler merah (nampak dari highway) - rumah itula yg aku akan stay malam tu. (standard aku stay umah seph)
  • Seingat aku... Uptown dekat je (tpi malam tu terasa jaoh) ~ mungkin psal kitorg dari Brem Mall tu kot.
1 Pagi - 2 Pagi
  • The "Uptown" moment.
  • Aku suka merayau kat Uptown tu (dh beberapa kali dibawa diorg seph, dulu pernah dibawa cikgu aku, tpi aku x tau itu Uptown/Downtown mana. Cheras kot...)
  • Macam biasa, aku round-round-round cari baju yg menarik. Aku prefer baju yg ada kaitan samada ngan game/anime. Aku tak layan baju yg ada gambar tengkorak, baju mcm dpt dari konsert black metal smua tu (this is sadly, a trend in Sabah)
  • Dulu aku prefer baju/seluar/jacket yg kaler putih tapi sekarang psal baju putih cepat kotor, aku terpaksa berpindah kepada warna lain.
  • Akhirnya, aku membeli sehelai baju Doraemon@Astroboy. :)
Depan ada tulis Look Out!! Astro Boy incar (aku rasa incar is for Incarnation kot)
Belakang pulak ada sedikit FAIL. Text bgitau Astro Boy tapi gmba Doraemon
  • The truth? Baju agak kecik bagi badan aku tapi apaku kisah. Aku pakai je sbgai baju dalaman (aku biasa kenakan baju tshirt camni ngan cooperate jacket Ct3 aku. Hasilnya: -
Ok tak?
P/s: for some point, aku rasa blog ni dh jadi mcm blog pompuan (fanstuffs+useless rant+random sh!t)

2 Pagi - 3 Pagi
  • Bertolak ke rumah encik Bewok (nama tempat dirahsiakan)
  • Rumah dia mmg ada stail
  • Kalo hayati bebaik, rumah tu mmg ada sentuhan seni interior designer (mmg pon)
  • Kat ruang tamu beliau, kaler cat dah ada 3 (x clap aku) - so it was not your ordinary house.
  • PC beliau pon power jgk (x tau specs, tpi 2 monitor widescreen yg terbaek)
3 Pagi - 8 Pagi
  • Masa untuk tido (dah ngantuk deee)
  • Demam masih ada (sikit), so aku tidor full clothes hari tersebut, siap pakai jacket lagi.
  • Mimpi? Takda mimpi pon, samada yg basah ataupun yg kering.
8 Pagi -10 Pagi
  • Bangun awal gila, mungkin psal x biasa tido situ.
  • Aku rasa aku terbangun psal bunyi kete2 yg memecut kat highway (bebetul blakang umah)
Gambar melalui tingkap ruang tamu incek.

Satu hasil seni yang diabadikan di dinding ruang tamu tersebut
  • First thing to do? Kemas tilam laaa... Kalo tido rumah sndiri aku x kemas, tpi psal aku tetamu, tilam mesti lipat bebaik, letak tmpat asal.
  • pusing-pusing kebosanan dalam rumah incek, tanpa tujuan.
  • teringat dalam beg ada roti gardenia. om nom nom smpai abis.
  • Sebab masih lapar, aku mintak kunci rumah ngan incek ~ aku turun merayau.
  • Pusing dan teros ronda-ronda area apartment tersebut.
  • bought nasi lemak 3 bungkus (in case incek dh bangun, dia nak sarapan skali ke) dan air mineral botol 1.5L satu.
  • selesai merayau (dan takda benda nak beli), aku naik balik ke rumah incek.
  • letak nasi lemak atas meja special (btw, did I told you that already?)
  • pusing-pusing dalam rumah incek, dah bosan sangat.
  • layan cermin kejap...
  • tgk janggut dan misai dh tumbuh sikit, dah aku kelihatan mcm haram.
  • turun bawah balik, beli shave
  • mandi+shave+refreshed
  • incek bewok takda tanda-tanda nak bangun lagi...
  • bantai nasi lemak 3 bungkus sorang-sorang (seriously)
10 Pagi -12 Tgh Hari
  • Memandangkan encik bewok masih tidur, aku pakai kejap komputer power dia (nak check email+fb+twitter)
  • Basically, aku cuma go through computer incek, check pe movie dia ada... dan copy satu dua benda pi pendrive 8GB aku (tpi free space x smpai pon 3GB). For the sake of blogging, aku cuma amik movie Toy Story 3 dari incek (bebenda laen aku x ingat).
  • Dalam waktu tu, incek sudahpun sedikit bangun.
  • Entah jam berapa, dia pergi bersiap-siap, so aku pun faham-faham la...
  • kemas-kemas barang.
12  Tgh Hari - 1 Petang
  • Aku dah lupa details, tapi dalam waktu lebih kurang camni la incek bewok bangun.
  • Dia tanya "nak balik x"?
  • Jawapan obvious... "Of coss"

MORE WILL BE ADDED LATER ON... MODE MENULIS LESAP




Assalamualaikum.

4 comments:

muffin cokelat said...

memula kne mula dgn bismillah diikuti dgn assalamualaikut,
teruskan dgn pertanyaan,
1) mane lg gardenia 4 biji tue? Kedekut xshare lsg kt kitorg eh!
2) mana idea ko dpt namakn die apis? Itu arif lor...
3) sonok kn naek ktm, aku da sebati dgn jnji2 manis dorg nie lg2 klu weekend, mmg tlis kul 1115 tp gerak 1145, naseb lh ai nie penyabar org nyer *grins*
4) bler plak ko ade kamera nyer? Kedekut xtnjuk kt kitorg pn! Hoh!

Disudahi dgn sekian wassalam......

ava_adore said...

nmpk face teddy tuuu...
policy dah broke

muffin cokelat said...

huh? Again? U gotta be kidding!
Asek mode menulis lesap aish~
aku plak y mode suspens la nie...

mufin coklat said...

hola henshin,
juz 1 q for today,
doraemon?? Y doraeomon??
Sooooooooo uncool meh!