Tuesday, January 18, 2011

Respon Tak Terjangka

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia.

Sebenarnya aku nak merepek psal hal ni kat twitter, tpi psal mungkin benda ni jadi panjang... aku tulis kat blog je la.

Babak 01
Di sesi makmal, aku mencuri sedikit masa lapang untuk melukis-lukis. Aku siap melukiskan tersebut, letakkannya di atas meja aku. Aku pun sambung kerja aku kat PC.

Lecturer R menjenguk-jenguk aku membuat kerja. Dia tak cakap apa-apa tapi tiba-tiba dia bertanya.

Lecturer R: Awak pandai melukis ke?
Aku: Huh? (Sambil muka blur).

Lecturer R pun menunjuk kepada lukisan aku yg tak seberapa itu.

Aku: Ish, taklah. Lukis suka-suka je.

Lecturer R pun beredar pergi begitu sahaja.

Babak 02
Sekali lagi, berada dalam sesi makmal. Kerana makmal tu boring sangat, aku biasanya mengambil masa rehat selepas buat beberapa soalan (supaya tak tepu). Aku pun membuat lakaran ringkas untuk mencairkan kembali sel-sel otak yang hampir tepu dan kebosanan.

*melakar

Lecturer R menghampiri aku tanpa aku sedari.

Lecturer R: Awak buat apa ni?
Aku: Rehat 5 minit. Lepas ni saya sambung. Dah buat 7 daripada 14 soalan ni.

Lecturer R pun ketawa sambil pergi ke tempat lain untuk melihat perkembangan pelajar lain.

Aku: WTF? (dalam hati)

Babak 03
Dalam sesi makmal yg sama seperti babak 02. Aku buat lukisan baru kerana ingin sambung berehat lagi (selepas dah siap lebih kurang 5-10 soalan)

Lecturer R: Awak tak pernah hantar pergi mana-mana komik ke?
Aku: Tak pernah, saya lukis untuk suka-suka.

Lukisan tu dihentikan selepas aku lukis kepala (sbb aku pemalas) sbb aku nak sambung buat soalan. Beberapa minit kemudian...

Lecturer R: Mana badan dia?
Aku: Eh? (blur lagi + tak berapa dengar)
Lecturer R: Mana badan dia?
Aku: Sabar, nak buat ni dulu.

Lecturer R pun berjalan pergi, menyambung kerjanya memantau siswa/siswi lain.

***
So... Was that the respond you'd expect from a lecturer to your "curi tulang" moments? Certainly not mine. I would like to thank Lecturer R for being such a good and understanding educator. Thanks ^^

2 comments:

e-dayah said...

Lecturer R 2 mmg kdg2 such a good and understanding lecturer tp sometimes bila dia da mule bebel..owh tidak! haha

oDiN said...

sapekah lecturer r ? DM aku kt twitter .. hehe