Friday, August 12, 2011

Regret Nothing ~Tighten Up~ (OOO Tatoba Theme) Versi Melayu

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia. Ini cubaan aku untuk terjemahan lagu tema OOO Tatoba ke Bahasa Melayu. Versi ni bukan sekadar "terjemahan" sebab boleh nyanyi lagu tu pkai lirik ni, dan beberapa terjemahan terpaksa diubah untuk kesesuaian lagu. Lagu ni tak 100% menterjemah lagu asal.

Regret Nothing ~ Tighten Up ~

p/s: Video dah takde...


"Andai waktu itu kulakukan sesuatu"
"Andai", "Jika", "Kalaulah"
Alasan yang takkan terhenti
Tiada yang mengubah realiti

Selalu berdalih, ke jalan yang mudah
Hanya kerana kau lemah
Sesal kemudian tiada guna
Tiada jalan kembali sudah terjadi

Tak hiraukannya, berlalu saja, buat tak endah, sayangnya
Diriku kini, sedih sendiri, mula terasa bersalah
Ini janji yang akan ku kota untukmu

Jika cahaya seolah padam sinarnya
Aku kan melindunginya dengan kedua tangan ini
Tak ada lagi, tempat untuk kubersembunyi
Ku kan berdiri teguh, berjuang dan Regret Nothing

Walau yang kuat, walau yang hebat
Walaupun yang dewasa
Untuk menang bukannya mudah
Mengatasi kekecewaan silam

Andai usahamu kini sia-sia
Kau kembali putus asa
Parutnya kan kekal di hati
Sentiasa ingatkanmu kembali

Kau hampa, kecewa tak dapat lupakannya
Walau kalah menang itu belum ditentukan
Walau takut, langkah sahaja ke hadapan

Tiada niatku untuk membuktikan padamu
Ini yang termampu, kulakukannya untukmu
Tak ada lagi tempatku selain di sini
Ku kan jujur padamu, berjuang dan Regret Nothing

Apakah hari esok masih ada lagi untuk kita
Semua yang kita sedia demi cabaran melanda
Segala yang kita saksikan sepanjang jauh kembara
Menjadi pengalaman kehidupan yang akan mendewasakan - Regret Nothing.

Jika cahaya seolah padam sinarnya
Aku kan melindunginya dengan kedua tangan ini
Tak ada lagi, tempat untuk kubersembunyi
Ku kan berdiri teguh, berjuang dan Regret Nothing


No comments: