Friday, May 25, 2012

MANTERA - Ulasan Peribadi

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia.

Sebelum saya teruskan dengan ulasan filem MANTERA, saya nak menekankan yang ulasan ini dibuat dengan tujuan positif, untuk menggalakkan lagi karyawan filem tempatan mencuba bidang sains fiksyen.

REVIEW
Saya akhirnya berjaya menonton filem MANTERA 22hb Mei 2012 yang lalu, walaupun pada awalnya saya pernah membeli tiket MANTERA pada 18hb Mei 2012, saya tidak dapat menonton filem tersebut atas urusan peribadi yang perlu diutamakan.

(PRO)
Dalam babak-babak awal filem tersebut, saya terpaksa akui - Suara ulasan berbahasa Inggeris yang digunakan untuk menerangkan latar belakang Alliance of Light dan Dark Legions - membuat bulu roma saya menegak. Saya juga terasa sedikit getaran yang kebiasaannya dirasai hanya apabila melihat sesuatu yang menusuk jiwa (seperti babak kekeluargaan, yang biasanya audio memainkan peranan). Sewaktu babak perkenalan tersebut, saya katakan kepada diri sendiri "This is gonna be epic".


LATAR TEMPAT: Tak dilupa juga, filem ini antara filem tempatan yang benar-benar mengadakan penggambaran di tempat yang dinyatakan (sekurang-kurangnya, setahu saya). Kebiasannya, filem tempatan lebih selesa mengekalkan latar tempat tempatan (Malaysia) atas batasan kewangan dan kemudahan sesi penggambaran. Menggunakan Rusia dan Dubai memang pilihan yang tepat bagi MANTERA. Latar-latar ni telah menjadikan konflik antara Alliance of Light dan Dark Legions tampak benar, memberikan overview yang konflik ini berlaku dalam skala antarabangsa.


PLOT: Plot MANTERA telah direka untuk sedaya-upaya mengurangkan elemen romantik, dan lebih kepada perkembangan karekter Azman (Tomok) untuk menguasai teknologi MANTERA dan mempertingkat dirinya (seperti mempelajari seni mempertahankan diri). Azman yang dilabel sebagai "the man with the purest of heart" (Sila betulkan jika saya salah quote) boleh diolah dengan baik, dan menjadikan perkembangan karekter beliau dalam dilihat dalam cara step-by-step. Bermula dengan seorang yang jiwanya suci, kemudian berubah dek kegilaan kuasa dan pengaruh. Tak dapat dinafikan, ini ialah standard kepada plot cerita mainstream - sama seperti Si Tanggang, Atoi The Ajaib Boy (movie). Namun begitu, plot begini masih boleh diterima masyarakat kerana kesilapan begini masih berlaku sehingga ke hari ini.


GRAFIK: CGI (Computer Generated Imagery) yang digunakan dalam MANTERA juga menunjukkan perkembangan yang baik bagi industri perfileman Malaysia. Rekaan bagi sut MANTERA dan VEGA dilakukan dengan terperinci, sehingga ke bahagian internal sut tersebut.

(CONS)
PLOT: MANTERA mempunyai beberapa plot holes yang tidak dijelaskan. Saya tidak akan jelaskannya di sini untuk memelihara plot dan kejutan filem tersebut.


GRAFIK: Grafik untuk filem memang top-notch tetapi filem ini mengalami masalah apabila ia menggabungkan babak sebenar + CGI. Kadangkala pencahayaan yang digunakan untuk CGI seperti tidak sesuai dan natural kepada pencahayaan disekeliling. Namun begitu, babak yang menggunakan sepenuhnya CGI tidak mempunyai masalah. Antara contoh yang paling ketara ialah sewaktu babak yang menampilkan wajah Azman di dalam sut MANTERA. Pencahayaan yang digunakan dalam babak tersebut tidak natural dan mewujudkan sedikit rasa ganjal.


---------------------------------------------------------
Saya rasa hanya itu yang dapat saya nukilkan buat masa ini. Saya akan menambah lagi ulasan ini jika mempunyai kelapangan. Sekian, terima kasih.
Majulah MANTERA untuk NEGARA.
http://www.manterathemovie.com/mantera/
http://www.facebook.com/pages/Mantera-The-Movie/106661923903



4 comments:

Mantera The Movie said...

Thanks Henshinheroes for the review.

Anonymous said...

*janggal

h3nshin_h3r03s said...

@Mantera The Movie. Sama-sama, btw - MENTERA memang filem yang menarik.

@Anon. Saya sengaja eja macam tu untuk menambahkan lagi "kejanggalan"nya. Contohnya seperti menyebut ganjil sebagai "ginjal", atau contoh menjadi "toncoh".

WanHuz said...

Nampak cam best jer Mantera nih.. kalau ade mase, aku nk pgi tgklah..
Terima kasih sbb review.. ^^