Friday, December 27, 2013

Celoteh Comic Fiesta 2013

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia.

Walaupun sibuk dengan urusan kerja dan lain-lain, aku sempat mengambil peluang untuk ke Comic Fiesta 2013 yang berlangsung di KLCC 21 dan 22 Disember 2013 yang lepas. (almaklumlah, nak habiskan cuti). Insyallah jika berpeluang, aku akan cuba ceritakan perkara2 menarik yang terjadi sepanjang perjalanan tersebut.

Tujuan utama ke Comic Fiesta 2013 sebenarnya adalah untuk menemani rakan seperjuangan (Tokusatsu) saya iaitu Rusher20x. Baru-baru ini, beliau telah menceburi bidang Tokusatsu cosplay dan mula menapakkan nama beliau dalam area cosplay Malaysia. Dengan berbekalkan duit yang tak seberapa, beliau mengambil insiatif untuk membeli sebuah sut Kamen Rider Kuuga dari sebuah syarikat di Indonesia - dan sejak itu, kehidupan beliau berubah (HENSHIN).

Rakan kenalan cosplay beliau bertambah, dan beliau semakin meminati bidang cosplay dan mencuba untuk membuat sut sendiri. Beliau kata kepada saya yang beliau tiada darah atau bakat seni, namun hasil tangannya yang pertama - Kamen Rider Blade (Decade Ver.) masih boleh diterima. Berbalik kepada topik, saya ke Comic Fiesta untuk menemani beliau (utama) dan bersiar-siar di kotaraya Kuala Lumpur yang sudah lama saya tidak lawati (sampingan).

Perlu saya ingatkan yang saya bertapak di Kota Kinabalu, Sabah - jadi saya perlu menaiki kapal terbang ke Kuala Lumpur dahulu sebelum menghadiri Comic Fiesta... dan kerana sudah membeli tiket kapal terbang seawal bulan 10 lagi, saya tak dapat berkongsi harga tiket pergi dan balik saya dari Kota Kinabalu - Kuala Lumpur.

20 Disember

  • Penerbangan jam 7 pagi, dan saya tiba di LCCT dalam lebih kurang jam 9 pagi.
  • Mengikut fahaman saya, Rusher dan seorang lagi rakannya sudah tiba awal di penempatan yang diuruskan sepupunya (Rusher) di kawasan Shah Alam.
  • Saya bertolak ke KL Sentral, dan lepak sehingga Rusher dan rakannya tiba di KL Sentral.
  • 2.00 PM - Menyimpan bagasi di ruang loker (RM10)
  • Pelbagai penambahbaikan dilakukan di kawasan KL Sentral, dan saya hampir tak jumpa stesen monorail KL Sentral.
  • Dulu Monorail masih gunakan kad, agak kekok apabila sistem tersebut menggunakan token sekarang...
  • Kami bersiar-siar ke Plaza Lowyat dan Sungei Wang. (^_^)
  • Kembali ke KL Sentral lebih kurang jam 4.
  • Ambil bagasi semula, dan bertolak ke Shah Alam menggunakan bas Rapid KL. (Tambang 2.50)
  • Tiba di kawasan penempatan lebih kurang jam 6... dan ya, jamm di KL memang seperti yang dikhabarkan.
  • Mandi, solat, dan Rusher mengambil masa untuk memeriksa props cosplay beliau.
...BERSAMBUNG..


No comments: